Tuesday 31 May 2011

Mee Goreng



Bahan-bahan :-
Mee kuning
Lada giling (lada kering blender)
Bawang merah (blender)
Bawang putih (blender)
Perencah secukup rasa maggi
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
Kicap manis
Sayur sawi
Lobak
Cendawan biasa / shitake
Ayam /  daging

Acar Timun


Bahan-bahan :-
Timun
Bawang merah
Lada Besar/ Kecil
Sos tomato
Sos cili
Garam

Cara-caranya:-
Buang kulit timun dan potong nipis-nipis. Potong bawang merah dan lada masukkan ke dalam mangkuk yang berisi timun. Letakkan sos cili, sos tomato dan garam mengikut citarasa.

Sunday 1 May 2011

Kobis dan Cendawan Shitake


Bahan-bahan
Sayur kobis
Cendawan shitake
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Lada kecil  (ditumbuk)

Cara-caranya
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada kecil. Tumis sehingga garing. Cendawan shitake direbus terlebih dahulu. Selepas bawang merah, bawang putih dan lada kecil garing masukkan cendawan shitake. Goreng sebati dan masukkan kobis. Tidak perlu goreng terlalu lama sayur kobis.

Sardin Taucu


(Sorry ye sardin ni tinggal kuah je sbb lupa nak snap pic)

Bahan-bahan
Sardin 1 tin
Bawang merah (dihiris/ditumbuk)
Bawang putih (dihiris/ditumbuk)
lada kecil (ditumbuk)
Taucu 1 paket
Air asam jawa

Cara-caranya
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada kecil, tumis sehingga garing. Masukkan taucu dan kuah sardin terlebih dahulu sehingga sebati. Masukkan ikan sardin dan air asam. Masak sehingga pecah minyak dan api mestilah sederhana

Ikan Goreng Serai




Bahan-bahan
Ikan
Lada kecil (ditumbuk)
Bawang Merah (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Serai (diketuk) 
Halia (dihiris)

Cara-caranya
Ikan digoreng terlebih dahulu bersama garam dn kunyit. Tumis bawang merah dan bawang putih beserta lada kecil sehingga garing. Selepas itu masukkan halia dan serai. Masukkan pula sedikit air untuk kuahnya. Apabila sudah mengelegak masukkan ikan.

Wednesday 27 April 2011

Kacang Buncis Dengan Cendawan Shitake


Kacang buncis dan cendawan shitake


Kacang buncis boleh dimasak dengan pelbagai jenis tapi saya suka campurkan dengan cendawan shitake. Sedap dan kena dengan rasanya bila dicampurkan sekali.

Bahan-bahan
Kacang buncis
Cendawan shitake
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Lada kecil (ditumbuk / dihiris)

Cara-caranya
Cendawan shitake direbus sebentar. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada kecil. Bila sudah garing letakkan kacang buncis dan cendawan shitake. (boleh juga masukkan sos tiram, fucuk dan soon mengikut citarasa masing-masing)

Ikan Goreng Sambal Kicap


Ikan Goreng


 Sambal kicap

Ikan goreng sedap dimakan bersama kicap. Jom kongsi resepi nak buat sambal kicap :-

Bahan-bahan
Kicap manis (saya guna cap kipas udang)
Lada kecil
Bawang putih
Limau nipis / kasturi

Cara-caranya
Tumbuk lada bersama bawang putih. Masukkan ke dalam bekas dan tuangkan kicap. Perah limau ke dalam campuran kicap tadi. Siap untuk dimakan.

Tuesday 26 April 2011

Ketam Masak Air Untuk Si Kecil

Disebabkan anak saya tak boleh makan pedas, saya masak asing untuknya. Saya masak ketam masak air. Jom kongsi resepi :-

Bahan-bahan
Ketam
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Air
Garam

Cara-caranya
Satukan semua bahan di dalam periuk dan rebus sehingga ketam masak. Resepi sangat ringkas. Boleh juga dimasukkan kiub ayam atau perencah sup.

Petola Tumis Air



Bahan-bahan
Petola
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihirs)
Lada kecil (ditumbuk)
Ikan Bilis
Minyak
Air
Garam

Cara-caranya
Petola dipotong mengikut citarasa masing-masing. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada kecil beserta ikan bilis. Tumis sehingga garing dan masukkan petola, garam dan sedikit air. Masak sehingga petola empuk.

Ulam Dan Sambal Tempoyak

Saya memang suka makan ulam. Ulam disamping untuk menjaga kesihatan, ia juga boleh menjadikan kita sentiasa muda. Itu kata orangla. Ok ulam yang saya suka banyak tapi kali ni saya pilih ulam pucuk selasih. Sedap sangat dicicah bersama sambal tempoyak.

Bahan-bahan untuk sambal tempoyak
Tempoyak
Lada kecil
Garam (jika di dalam tempoyak tiada garam)

Cara-caranya
Lada kecil ditumbuk sehingga lumat dan masukkan tempoyak. Jika tempoyak tiada garam, bolehlah masukkan garam secukup rasa.

Ketam Masak Sambal 3 Rasa Style Sdn Bhd

Oleh kerana ketam di dalam peti ada lagi jadi saya bercadang nak masak satu lagi resepi. Sebelum ni saya hanya menggunakan ikan sahaja. Nak juga cuba resepi sambal 3 rasa ni bersama ketam.

Bahan-bahan
Ketam
Lada kering kisar
Kicap manis
Bawang besar (dicincang)
Bawang putih (dicincang)
Halia (dicincang)
Serai (dicincang)
Sos tomato
Sos cili
Garam

Cara-caranya
Ketam dipotong dua. Tumis bawang merah , bawang putih, halia, serai sehingga naik bau / garing. Sesudah garing bolehlah dimasukkan lada kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan kicap manis (jangan banyak sangat nanti jadi masak kicap ketam pula, letak dalam 2 atau 3 sudu besar sahaja) sos cili, sos tomato dan garam. Sesudah sebati masukkan ketam. Kecilkan api sehingga pecah minyak

Ketam Masak Lemak Cili Api


Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam ni dibeli di pasar borong selangor. Walaupun bagi saya harganya agak mahal tapi oklah sebab dah lama tak masak sendiri. Selalunya beli yang dah siap sahaja. Ketam boleh dimasak dengan banyak cara. Jom kongsi resepi mengikut resepi saya.

Bahan-bahan
Ketam
Santan
Cili Api  (ditumbuk)
Serai
Bawang merah / kecil (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Garam

Cara-caranya
Ketam dipotong dua. Masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan bawang merah / kecil, bawang putih, serai, cili api. Apabila sudah mendidih masukkan ketam dan garam secukup rasa. Api gas hendaklah dikecilkan agar santan tidak membuak.
p/s : masak lemak ketam boleh juga dicampurkan dengan nenas tetapi nenas tersebut perlulah direbus sebentar.(mengikut kaedah saya) ada juga tempat yang tidak memasukkan bawang. Tengok pada selera masing-masing. 

Lempeng



Lempeng yang sudah siap untuk dimakan


Lempeng bersama sambal sardin.

Lempeng ni dimasak oleh suami tercinta saya. Nampak gayanya lempeng suami saya lagi sedap dari lempeng yang saya buat hahaha... Saya memang tak berapa pandai buat lempeng tp Insyallah saya akan cuba sampai berjaya. Lempeng juga boleh dimakan bersama kuah kari, lemak dan sambal. Ok resepinya seperti di bawah :-

Bahan-bahan
Tepung gandum
Air suam
Garam
Minyak

Cara-caranya
Campurkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair. Sesudah tepung dan garam sebati dan tidak berketul bolehlah dimasukkan ke dalam kuali sebanyak dua senduk dan leperkan adunan tersebut dengan senduk. Pastikan kuali disapukan sedikit minyak untuk lempeng tidak melekat.

Sunday 24 April 2011

Blog Untuk Kongsi Masakan

Assalamualaikum...Saya create blog ni just utk berkongsi  masakan atau hidangan yang saya telah cuba. Saya akan cuba sebaik mungkin utk masukkan seberapa banyak hidangan yg terbaik yg telah saya masak. Saya bukanla seorang chef, saya hanyalah seorang isteri dan ibu sahaja yg selalu memasak utk keluarga tercinta. Memang saya minat memasak. Bila dapat menghasilkan hidangan yang enak utk keluarga, saya sgt berpuas hati.