Tuesday 26 April 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api


Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam ni dibeli di pasar borong selangor. Walaupun bagi saya harganya agak mahal tapi oklah sebab dah lama tak masak sendiri. Selalunya beli yang dah siap sahaja. Ketam boleh dimasak dengan banyak cara. Jom kongsi resepi mengikut resepi saya.

Bahan-bahan
Ketam
Santan
Cili Api  (ditumbuk)
Serai
Bawang merah / kecil (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Garam

Cara-caranya
Ketam dipotong dua. Masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan bawang merah / kecil, bawang putih, serai, cili api. Apabila sudah mendidih masukkan ketam dan garam secukup rasa. Api gas hendaklah dikecilkan agar santan tidak membuak.
p/s : masak lemak ketam boleh juga dicampurkan dengan nenas tetapi nenas tersebut perlulah direbus sebentar.(mengikut kaedah saya) ada juga tempat yang tidak memasukkan bawang. Tengok pada selera masing-masing.